+6-013-707-2100

Sabah Forestry Department

We Aim To Be The Best


1. Memohon kebenaran menjalankan kajian/penyelidikan lapangan di Hutan Simpan

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada garis panduan & syarat-syarat seperti berikut:

  • Mendapatkan lesen akses daripada Pusat Biodiversiti Sabah melalui alamat berikut : Pusat Biodiversiti Sabah, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri, Aras 19, Blok A, Menara Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu. Tel 088-369099 / 369312. Fax 088-250753. Emel sabc@sabah.gov.my
  • Sila berjumpa dengan Pejabat Perhutanan Daerah yang berhampiran berhubung kerja-kerja penyelidikan atas faktor keselamatan, operasi dan lain-lain
  • Penumbangan pokok & perbuatan merosakkan tumbuh-tumbuhan adalah ditegah
  • Memburu adalah dilarang
  • Dilarang membuang sampah merata-rata & pelupusan sampah hendaklah dengan kaedh mesra alam
  • Bagi pengumpulan sampel penyelidikan, hanya kuantiti mencukupi sahaja dibenarkan
  • Setelah selesai kerja lapangan penyelidikan, laporan perlu dikemukakan kepada Ketua Penyelidikan Perhutanan, Sepilok & salinan kepada Ketua Konservator Hutan
  • Jabatan Perhutanan tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan / kecederaan kepada pemohon semasa menjalankan penyelidikan di lapangan di dalam Hutan Simpan Sabah

2. Ingin mendapatkan maklumat mengenai hidupan liar di Sabah (gajah, proboscis monkey dan sebagainya)

Jabatan Perhutanan tidak menjalankan kajian terhadap hidupan liar. Sila berhubung dengan Jabatan Hidupan Liar Negeri  Sabah untuk maklumat lanjut di https://wildlife.sabah.gov.my/

3. Memohon penempatan latihan industri / praktikal

Sila kemukakan surat permohonan & resume anda ke emel htan@sabah.gov.my dan/atau hantar permohonan kepada Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Batu 6, Jalan Labuk, 90000 Sandakan.

4. Memohon jawatan kosong di Jabatan Perhutanan Sabah

Permohonan hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Sila lawati https://jawatan.sabah.gov.my

5. Ingin mengupah / menyewa perkhidmatan renjer hutan

Jabatan ini tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong daripada agensi pelancongan berdaftar. Jika kawasan yang hendak dimasuki melibatkan hutan simpan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran & permit memasuki hutan simpan dari Pejabat Perhutanan Daerah yang berhampiran.

6. SOP Pelan Pemulihan Negara, Fasa 2 untuk Sektor Perhutanan Negeri Sabah

Dokumen tersebut boleh didapati di sini. (kemaskini 22 September 2021)

7. Ingin mengetahui prosedur kerja mengangkut kayu balak.

Sila berhubung terus dengan Pejabat Perhutanan Daerah yang berhampiran dengan lesen operasi syarikat anda. Ini akan melibatkan permohonan Removal Pass & pengesahan dari Penyelia di lapangan 

8. Permission to obtain data about Sabah Forestry (eg. map, inventory, or other restricted data)

Please write an official letter to Chief Conservator of Forests for approval, & kindly forward your supporting letter from your organisation.