Akhbar-f

Keningau : Sekali lagi Jabatan Perhutanan Sabah telah membuat serbuan di Permis Kediaman di Taman Kota, Keningau pada 11 Januari 2018

Seorang suspek telah ditahan kerana memiliki gaharu, peralatan gaharu serta bahagian badan binatang terlindung.  Serbuan ini adalah hasil maklumat orang awam ekoran daripada hasil beberapa siri serbuan dan tangkapan yang telah dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.  Pendedahan melalui surat khabar juga telah banyak membantu memberi kesedaran kepada orang awam untuk membantu Jabatan ini di dalam membanteras pencurian gaharu di hutan semulajadi di Negeri Sabah.

Menurut Ketua Konservator Hutan (KKH), Datuk Sam Mannan, jabatan ini mengharapkan lebih banyak lagi orang awam tampil untuk memberi maklumat tentang kegiatan mencuri gaharu ini dan mengharapkan kegiatan itu terus lumpuh.  Beliau juga mengatakan akan berusaha untuk memberi ganjaran kepada pemberi maklumat kegiatan yang berkaitan dengan gaharu sama ada pencari gaharu di hutan, pemilik gaharu dan yang berurus niaga dengan gaharu.

Gambar 1 : Suspek sedang menunjukkan kayu gaharu dalam rumah semasa serbuanGambar 1 : Suspek sedang menunjukkan kayu gaharu dalam rumah semasa serbuan

Gambar 2 : Antara gaharu yang ditunjukkan suspek di dalam rumah beliau
Gambar 2 : Antara gaharu yang ditunjukkan suspek di dalam rumah beliau

Gambar 3 : Penggeledahan di dalam rumah susspek oleh pasukan serbuan Jabatan Perhutanan
Gambar 3 : Penggeledahan di dalam rumah susspek oleh pasukan serbuan Jabatan Perhutanan

Gambar 4 : Operasi pengeledahan di rumah suspek juga dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) Jabatan Perhutanan
Gambar 4 : Operasi pengeledahan di rumah suspek juga di bantu oleh unit anjing pengesan (K9) Jabatan Perhutanan