Korporat-f

Pensijilan ISO 9001:2008

Jabatan Perhutanan Sabah telah memperolehi pensijilan ISO 9001:2008 dalam Pengurusan Hutan Mampan daripada Pensijilan Bureau Veritas (Malaysia) Sdn Bhd. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Datuk Sam Mannan, Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, semasa majlis penyampaian sijil yang diadakan di ibu pejabat Jabatan Perhutanan pada 13 Oktober 2010. Sijil tersebut telah diserahkan sendiri oleh CEO Pensijilan Bureau Veritas (Malaysia) Sdn.Bhd., Ir. Hj. Othman Abdul Kadir.

 

Pensijilan Bureau Veritas (Malaysia) Sdn. Bhd. ialah satu daripada 11 badan pensijilan yang didaftaran dibawah Jabatan Standard Malaysia. Badan pensijilan ini juga diiktiraf dan diakreditasikan oleh badan pensijilan terbesar nasional dan antarabangsa. Pensjilan Bureau Veritas (M) Sdn Bhd melakukan penilaian daripada April 2010 ke Julai 2010 dan kemudian menganugerahkan jabatan ini dengan sijil ISO 9001:2008, dimana tiga tahun sah digunakan sehingga 26th Ogos 2013.

 

 

BVC QMS UKASBVC ISO9001 DSM

 

Skop pensijlan ISO 9001:2008 kepada Jabatan Perhutanan Sabah ialah Pengurusan Hutan Mampan (SFM) yang terdiri daripada enam (6) asas yang merangkumi:

i Perlaksanaan Pembalakan Kurang Impak di Daerah Perhutanan Deramakot;
ii Pengumpulan dan Penilaian Royalti Kayu Balak di Daerah Perhutanan Beluran;
iii Penyediaan Spesimen Herbarium di Seksyen Botani di Pusat Penyelidikan Perhutanan;
iv Permit Menduduki Hutan Simpan di Daerah Perhutanan Kalabakan;
v Penyediaan Kertas Penyiasatan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyiasatan Jabatan Perhutanan Sabah; dan
vi Kursus Latihan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan oleh Institut Perhutanan Sabah, Telupid.

 

Pensijilan ISO 9001:2008 yang terkini dianugerahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah ialah sambungan daripada dua (2) akreditasi pensijilan. Pensijilan pertama diperolehi pada tahun 2000 (versi MS ISO 9002:1994) dimana pensijilan kedua pada tahun 2004 (versi MS ISO 9001:2000). Keduanya dianugerahkan oleh Malaysia Administrative Modernization and Management Planning Unit (MAMPU).

 

Pengarah juga mengucapkan terima kasih kepada kumpulan yang dedikasi di Jabatan ini yang ditugaskan untuk melengkap program pensijilan ini, diketuai oleh Roslan Lalete, Ketua Bahagian Inovasi.

 

 

iso

CEO Bureau Veritas Certification (M) Sdn Bhd, Ir. Hj. Othman Abdul Kadir menyerahkan sijil kepada Datuk Sam Mannan