Korporat-f

Moto, Visi, Misi & Objektif

 

MOTO We aim to be the best
VISI Ke arah merealisasikan pengurusan hutan secara mampan
MISI Merancang & melaksanakan pengurusan sumber hutan negeri dengan berkesan dan cekap selaras dengan prinsip-prinsip pengurusan hutan mampan
OBJEKTIF
  1. Memastikan pengurusan dan pembangunan hutan simpan Sabah adalah selaras dengan prinsip-prinsip Pengurusan Hutan Mampan;
  2. Mengoptimumkan penggunaan sumber hutan untuk mengekalkan faedah sosio-ekonomi kepada Negeri;
  3. Memastikan pembangunan industri hutan sepadan dengan kapasiti produktif jangka panjang daripada sumber negeri;
  4. Memastikan tenaga kerja terlatih dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan Pengurusan Hutan Mampan dengan cekap dan profesional;
  5. Memperhebatkan program-program R & D dan usaha ke arah pembangunan dan pelaksanaan Pengurusan Hutan Mapan;
  6. Memelihara kawasan hutan semula jadi yang mencukupi bagi perlindungan dan penyelenggaraan alam sekitar, sumber air, tanah dan biodiversiti.
  7. Meningkatkan strategi penguatkuasaan untuk melindungi sumber hutan.
  8. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan hutan dan Pengurusan Hutan Mampan.
  9. Memastikan sumber kewangan, teknologi, dan sokongan logistik yang mencukupi disediakan untuk pelaksanaan Pengurusan Hutan mampan.
  10. Menggalakkan pemulihan hutan semula jadi dan penubuhan ladang hutan.