Mampan-f

Penyelidikan Perhutanan

Penyelidikan perhutanan di Sabah bermula pada seawal 1842 apabila koleksi botani telah diambil di Pulau Banggi yang terletak di Kudat. Kajian sistematik hutan-hutan di Sabah walaubagaimanapun telah digabungkan pada 1915 dengan penubuhan Herbarium Perhutanan di Sandakan. Pada mulanya kajian adalah tertumpu pada kajian pokok flora dan pengecaman tumbuhan, pengujian kayu dan silvikultur. Bangunan herbarium yang terletak di Pusat Penyelidikan Perhutanan (PPP) pada masa ini telah dibuka pada tahun 1974. 

Pada masa ini, terdapat 11 program kajian yang dilaksanakan di pusat penyelidikan ini untuk menyokong pengurusan hutan yang mampan di negeri Sabah.

Program Kajian Konvensional Program Kajian Tidak Konvensional
Pengurusan Hutan Asli Diversiti Tumbuhan
Perladangan Silvikultur Diversiti Serangga
Penggunaan Produk Hutan Eko-Pelancongan
Pembiak Bakaan Pokok Bioteknologi DNA
Tanah dan Tadahan Air Fitokimia / Bahan Bio-aktif
Serangga Perosak dan Penyakit  


laboratoryTenaga Kerja Pakar / Pegawai Penyelidik
  Tenaga Pakar / Pegawai
Maklumat Perhubungan
Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Penyelidik
  • Dr. Lee Ying Fah
Sains Tanah
  • Jupiri Titin
  • Esther Dyi Ka Mei
Silvikultur
  • Dr. Rober C. Ong
  • Alexander Yuk Loong Hastie
  • Julsun@Joseph Sikui
Bioteknologi
  • Eyen Khoo
  • Richard@Joseph Majapun
  • Veronica S.Guanih
Biji Benih
  • Chong Fung Yun@Rebecca
  •  
Ekologi/Hidrologi
  • Dr. Reuben Nilus
  •  
Entomologi
  • Dr. Chey Vun Khen
Hasil Hutan Minor
  • Zamrie Imiyabir
Fitokimia
  • Dr. Noreen Majalap
Pembiak Bakaan Pokok
  • Maria Ajik
  • Kuina Kimjus
Agro Perhutanan
  • Elne Betrece
Perladangan Hutan
  • Hj. Anuar Hj. Mohammad
  • Kelvin Pang Kat Nyen
Perladangan Bukan Hutan
  • Jaffirin Lapongan
Penggunaan Kayu
  • James Josue
Sains Kayu
  • Dr. Sining Unchi
Konservasi Hutan
  • Dr. Joseph Tangah
  • George Hubert Petol
Sistematik Botani / SAN Herbarium
  • John Baptist Sugau
  • Dr. Joan T. Pereira
  • Suzana Sabran
  • Andi Maryani Andi Mustapeng
  • Alviana Damit
Perunding
  • Dr. Arthur Y.C. Chung
Eko-Pelancongan
  • Jarry K. Lajanga
Pendidikan Alam Sekitar / Rainforest Discovery Center (RDC)
  • Bernadette D. Joeman
  • Phylesia Jill Rama
  • Arni Natalia Arpa


pagePenerbitan Berkala

PPP menerbitkan beberapa penerbitan berkala, kertas kajian dan laporan pada jadual yang tetap. Berikut ialah senarai penerbitan berkala oleh pusat penyelidikan ini.

Penerbitan Berkala
sepilok-bulletin-small Sepilok Bulletin
Sebuah jurnal perhutanan tropika dan subjek berkaitan. Diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan, Sabah, Malaysia.

ISSN: 1823-0067
sandakania-small SANDAKANIA
Sebuah jurnal sistematik tumbuhan, morfologi dan sejarah semula jadi yang diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Perhutanan, Sandakan, Sabah, Malaysia
ISSN: 0128-5939


favourite placeKompleks Kajian

Pusat Penyelidikan Perhutanan terletak di Sepilok, Sandakan dan kompleks kajian ini terdiri daripada beberapa bangunan dan tarikan pelawat seperti berikut:

Gnome-Zoom-In-32 Sandakan Herbarium (SAN)
Herbarium ini merupakan fasiliti paling terkenal bagi pusat penyelidikan, malah untuk Jabatan ini. Ini kerana herbarium ini telah ditubuhkan sejak tahun 1916. Herbaria di serata dunia mengetahui dan mengenali herbarium ini sebagai SAN Herbarium. Koleksi yang ditempatkan di bangunan ini merupakan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Herbarium ini menyimpan kira-kira 250,000 spesimen daripada serata negeri Sabah.
Gnome-Zoom-In-32 Perpustakaan Kayu / Xylarium Kayu
Xylarium Kayu di PPP menyimpan lebih 5,000 sampel kayu daripada serata negeri Sabah dan juga kayu-kayan daripada pelbagai negara lain seperti kayu-kayan daripada Amerika Syarikat, Korea, Brunei Darussalam, Indonesia dan pelbagai lagi.
Gnome-Zoom-In-32 Nurseri PPP, Bank Biji Benih dan Galeri
Nurseri dan Bank Biji Benih ini menyimpan kira-kira 50,000 biji benih.
Gnome-Zoom-In-32 Pusat Penemuan Hutan Hujan & Arboretum
Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan rekreasi untuk orang awam, ia menarik pelancong dari dalam dan luar negara dan dinobatkan 'Exceptional Traveller Rating' oleh TripAdvisor. Tarikan pelancong ini membolehkan orang awam untuk menikmati pengalaman alam semulajadi dengan santai.
Gnome-Zoom-In-32 Muzium Serangga
Muzium ini mengumpul dan menyimpan kira-kira 110,000 spesimen serangga.
Gnome-Zoom-In-32 Taman Etnobotani
Taman ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh manusia yakni orang tempatan Sabah dalam aktiviti harian mereka sebagai suplemen, juadah tempatan, perubatan tradisional dan pelbagai lagi. Ia merupakan taman yang menarik dan berinformasi.



cutPotongan Cukai Berganda
Sejak pada bulan Januari 2004, Pusat Penyelidikan Perhutanan telah diiktiraf oleh Kementerian Kewangan Persekutuan sebagai Institusi Kajian yang Disahkan dibawah Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan 1967. Dengan pengiktirafan ini, sumbangan kewangan yang dibuat oleh syarikat kepada Pusat Penyelidikan Perhutanan dalam menjalankan projek kajian dan menggunakan perkhidmatannya adalah layak untuk tuntutan potongan cukai berganda.


question markDefinisi Penyelidikan dan Pembangunan (untuk tujuan Potongan Cukai Berganda)

Sebarang kajian sistematik atau intensif yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan menggunakan hasil kajian tersebut untuk tujuan pengeluaran atau menambahbaik bahan, peralatan, produk, hasil atau proses, tetapi tidak termasuk:
  • kawalan kualiti atau ujian rutin bagi bahan, peralatan, produk atau hasil;
  • penyelidikan dalam sains sosial atau kemanusiaan;
  • pengumpulan data rutin;
  • kaji selidik kecekapan atau kajian pengurusan; dan
  • penyelidikan pasaran atau promosi jualan