Mampan-f

Rekreasi Hutan

Dalam menghadapi cabaran pengurusan hutan secara mampan hari ini, penting untuk rimbawan untuk menjangkau, mendidik dan untuk mencipta kesedaran mengenai kepentingan hutan di Sabah dan mekanisma digunapakai untuk menguruskan mereka secara mampan.

Oleh yang demikian, Jabatan Perhutanan Sabah telah membuat pelaburan yang sangat besar untuk membangunkan pusat rekreasi dan pendidikan hutan di seluruh negeri ini.

Selain daripada fungsi pendidikan dan kesedaran, pusat ini juga direka untuk menyediakan pengalaman rekreasi hutan yang unik dan untuk mengalakkan orang ramai secara umumnya untuk melakukan aktiviti luar dan menikmati kehijauan hutan di negeri Sabah dalam persekitaran yang selamat.

Pada hari ini, terdapat sebilangan kecil dan semakin bertambah kumpulan kakitangan yang menguruskan pusat-pusat ini secara sepenuh masa. Mereka merupakan individu yang berkebolehan dalam membantu pelawat, atau kumpulan dengan minat tersendiri seperi sekolah, untuk memastikan mereka dapat menikmati masa, mendapat manfaat dan pengalaman istimewa di pusat-pusat ini. 

Kira-kira sebahagian daripada keluasan negeri Sabah di gazetkan sebagai hutan simpan. Di dalam hutan simpan ini, banyak kawasan telah dikenalpasti mempunyai potensi sebagai kawasan rekreasi. Berikut adalah tapak kawasan rekreasi hutan dengan pautan yang ada buat kawasan rekreasi ini:
  • Taman Hutan Hujan Sandakan
  • Pusat Penemuan Hutan Hujan, Sepilok
  • Pusat Sejadi Kawang, Papar
  • Pusat Informasi Rumbia, Kuala Penyu
  • Pusat Lapangan Paya Bakau Klias
  • Pusat Semulajadi Jati, Kunak
  • Pusat Semulajadi Madai
  • Pusat Semulajadi Bukit Gemoke, Tawau
  • Pusat Informasi Lungmanis, Sandakan
  • Tapak Rekreasi Teluk Marudu, Kota Marudu
  • Air Terjun Sapagaya, Lahad Datu
  • Pusat Hentian Ulu Kukut
  • Taman Botani Lok Kawi, Kota Kinabalu
  • Kawasan Rekreasi Membalua, Tawau
  • Gunung Tingkar, Sg. Pinangah Forest Reserve, Tongod
  • Air Terjun Tawai, Telupid
  • Menara Kayangan, Lahad Datu