Kenyataan Sebutharga Terbuka No. JP/SN/PPA-MMI/S16/01/2018 : Tawaran Kali Ke-2 - Sebutharga Untuk Perkhidmatan Katering Sempena Majlis Makan Malam Inovasi 2017 Jabatan Perhutanan Sabah

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat/pembekal yang berdaftar dengan PUKONSA / Perbendaharaan Malaysia Sabah dalam kepala yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi sebutharga berikut:-

No. Sebutharga Tajuk Kod Bidang Bayaran Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
JP/SN/PPA-MMI/S16/01/2018 (Tawaran Kali Ke-2)
Sebutharga Untuk Perkhidmatan Katering Sempena Majlis Malam Inovasi 2017 Jabatan Perhutanan Sabah
PUKONSA
080501


atau

PMS
040103
RM30.00 Bahagian Belanjawan & Kewangan, Jabatan Perhutanan Sabah, Ground Floor, Block D, KM11 Jalan Labuk, Beg Berkunci No. 68, 90000 Sandakan Sabah.

Tel : 089-242860 / 089-242862

09 - 16 Julai 2018


Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 09 Julai 2018 hingga 16 Julai 2018 pada waktu pejabat dengan bayaran dokumen sebanyak RM30.00 senaskah. Bayaran boleh dibuat melalui wang pos atau resit tunai yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan & Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Bayaran tidak akan dikembalikan.Dokumen sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil syarikat / pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak PUKONSA atau PMS. Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga, Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, KM 11, Jalan Utara Sandakan pada atau sebelum jam 10.00 pagi 16 Julai, 2018 (Isnin).

KETUA KONSERVATOR HUTAN