Kenyataan Sebutharga Terbuka No. JP/SN/KEW/HQ/02/2018 : Membekal Kasut Kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah Tahun 2018

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat/pembekal yang berdaftar dengan PUKONSA / Perbendaharaan Malaysia Sabah dalam kepala yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi sebutharga berikut:-

No. Sebutharga Tajuk Kod Bidang Bayaran Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
JP/SN/KEW/HQ/02/2018 Membekal Kasut Kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah Tahun 2018 Kod 050200 (PUKONSA)

atau

Kod 020802 (PMS)
RM50.00 Unit Stor, Bahagian Belanjawan & Kewangan, Jabatan Perhutanan Sabah, Ground Floor, Block D, KM11 Jalan Labuk, Beg Berkunci No. 68, 90000 Sandakan Sabah.

Tel : 089-242860 / 089-242862

09 - 23 Julai, 2018.


Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 09 Julai 2018 hingga 23 Julai 2018 pada waktu pejabat. Dokumen sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil syarikat / pembekal yang sah sahaja. Selain dari itu wakil-wakil syarikat / pembekal hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS). Ambil perhatian, hanya syarikat / pembekal yang berdaftar di bawah kod bidang yang dinyatakan sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini. Dokumen sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga, Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, KM 11, Jalan Utara Sandakan pada atau sebelum jam 10.00 pagi 23 Julai, 2018 (Isnin).

KETUA KONSERVATOR HUTAN