Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/PPA-FSP(EU-REDD+)/K75/01/2019: Sebutharga Bagi Pembinaan (10) Unit Bangunan Cendawan & Pembinaan Dua (2) Unit Tandas Serta Baikpulih Bangunan Di Kg. Gana, Kota Marudu Di Bawah Projek Sabah EU-REDD+

Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/PPA-FSP(EU-REDD+)/K75/01/2019

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam mana-mana Kelas, Kepala dan Sub-Kepala, Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan seperti berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut :-

Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred, Kategori & Pengkhususan Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
Sebutharga Bagi Pembinaan (10) Unit Bangunan Cendawan & Pembinaan Dua (2) Unit Tandas Serta Baikpulih Bangunan Di Kg. Gana, Kota Marudu Di Bawah Projek Sabah EU-REDD+ SPKK & mempunyai CIDB dalam Gred G1 Kategori CE - Pengkhususan CE21

ATAU

PUKONSA & mempunyai CIDB Kelas F, Sub-Kepala 1
Bahagian Perancangan Sektor Hutan (FSP), Jabatan Perhutanan Sabah, 1st Floor, Block E, KM 11, North Road, Locked Bag 68, 90009 Sandakan Sabah.
Tel: 089-242500 Atau

Pejabat Perhutanan Kota Marudu, Kompleks Perhutanan, Jalan Sharip Osman, Peti Surat 142, 89108 Kota Marudu
Tel: 088-662775 & 662264
 
Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 23 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019 pada waktu pejabat dengan bayaran Dokumen Sebanyak RM50.00 senaskah. Bayaran boleh dibuat melalui Wang Pos atau Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan Dan Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Bayaran tidak akan dikembalikan. Dokumen Sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor atau wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ambil perhatian, hanya kontraktor yang berdaftar di Daerah Kota Marudu sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini. Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga , Bahagian Pengurusan Projek Dan Perkhidrnatan Am, Jalan Utara KM11, Beg Berkunci 68, 90009 SANDAKAN, SABAH pada atau sebelum jam 10.00 pagi pada 3 Jun 2019 (ISNIN).

KETUA KONSERVATOR HUTAN