Latar Belakang
Penyelidikan perhutanan di Sabah telah bermula sejak tahun 1842 apabila pengumpulan botanikal dijalankan di Pulau Banggi berhampiran Kudat. Walaubagaimanapun, penyelidikan sistematik untuk hutan-hutan di Sabah dipergiatkan pada tahun 1915 dengan penubuhan Herbarium Perhutanan di Sandakan. Antara penyelidikan awal yang dijalankan adalah pengecaman spesis pokok dan tumbuhan, pengujian kayu balak dan silvikultur. Pusat Penyelidikan Perhutanan (PPP) yang kini dibuka pada tahun 1974. Pada masa kini, terdapat 11 program penyelidikan yang dijalankan di PPP sebagai usaha menyokong pengurusan hutan mapan di Sabah.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan perhutanan
dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya
&
Melaksanakan pengurusan hutan mampan
Misi
Mengurus sumber hutan negeri dengan cara yang berkesan dan cekap selaras dengan
prinsip-prinsip pengurusan hutan mampan
|