Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Taman Hutan Hujan Sandakan (Hutan Simpan Kebun Cina)

KENYATAAN SEBUTHARGA NO.JP/PPP/SN01/2019

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA / PMS / Kementerian Kewangan Malaysia dalam mana-mana kod bidang yang berkaitan dan memiliki Sijil Kementerian Dalam Negeri yang masih sah pendaftarannya serta masih dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan berikut;

Bil Tajuk Kod Bidang Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
1 No. Sebutharga JP/PPP/SN01/2019

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Taman Hutan Hujan Sandakan (Hutan Simpan Kebun Cina)
PUKONSA 220302
Atau
PMS 220801
Berserta Sijil Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok,
Jabatan Perhutanan Sabah,
Peti Surat 1407 90715,
Sandakan Sabah.

(Tel: 089-531 522,531 523)

Dokumen Sebutharga boleh diperiksa dan diperolehi mulai 07.1.2019 hingga 17.1.2019 pada waktu pejabat dengan PERCUMA. Dokumen sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Selain daripada itu wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak PUKONSA / PMS / Kementerian Kewangan Malaysia berserta dengan Sijil KDN. Ambil perhatian, hanya kontraktor yang berdaftar di bawah kepala dan Sub-Kepala yang dinyatakan sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini.

Dokumen Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri,dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut;
a) Sebutharga Bagi : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Taman Hutan Sandakan (Hutan Simpan Kebun Cina)
b) No .Sebutharga : JP/PPP/SN01/2019

dan dihantar terus kepada, Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok Sandakan, Jabatan Perhutanan Sabah KM25, Jalan Utara Sandakan pada atau sebelum jam 10.00 pagi pada 17.1.2019 (khamis). Dokumen sebutharga yang lewat diterima pada waktu yang ditetapkan di atas, akan ditolak. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana penyebutharga.

KETUA KONSERVATOR HUTAN SABAH