Proposed Structural Strengthening & Repair To Herbarium & Conservation Monitoring Complex Unit At Sepilok, Sandakan Sabah (Tawaran Kali Ke-2)

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor tempatan yang berdaftar dalam Gred, Pengkhususan, Kelas, Tajuk dan Tajuk Kecil yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini seperti berikut :-

Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred Kategori & Pengkhususan Tempat, Tarikh & Waktu Dokumen Mula Dijual Sesi Taklimat & Lawatan Tapak Mandatori
No. Tender: JP/TP/PPA-HOB/HCCS/01/2018

Proposed Structural Strengthening & Repair To Herbarium & Conservation Monitoring Complex Unit At Sepilok, Sandakan Sabah (Tawaran Kali Ke-2)
CIDB dan mempunyai SPKK dalam Gred G4 Kategori CE - Pengkhususan CE11

ATAU

PUKONSA Kelas C Tajuk IV, Tajuk Kecil 10
Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, KM11, Ja1an Utara, Ibu Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan
ATAU
Di Jurukur Bahan SPL Sdn Bhd, 2nd Floor, Unit 4, Lorong Iramanis Centre, 88450 Kota Kinabalu.

Tempoh: 10/01/2019 hingga 25/01/2019 pada waktu pejabat.

Harga: RM400.00 (Wang Pos/Bank Deraf/ Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Unit Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah. Bayaran atas nama Ketua Konservator Hutan Sabah)
Tarikh: 10/01/2019
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Tapak Projek Bangunan Herbarium, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Sepilok, Batu 14, Sandakan Sabah.

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN

Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender.
 
1. Kontraktor yang berminat menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak dikehendaki mengesahkan kehadiran mereka. Hanya penama yang tercatat dalam sijil pendaftaran PKK, SPKK, CIDB atau PUKONSA sahaja yang dibenarkan menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak. Wakil adalah tidak dibenarkan. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak beserta Cop Syarikat. Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat kepada Ketua Konservator Hutan Sabah melalui faks 089673440 selewat-lewatnya jam 04:00 petang, 09/01/2019. Maklumat projek hanya akan diedarkan kepada kontraktor-kontraktor yang mengesahkan kehadiran mereka.

2. Dokumen Meja Tawaran boleh disemak Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, KM11, Jalan Utara, Ibu Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan atau di pejabat Jurukur Bahan SPL Sdn Bhd, 2nd Floor, Unit 4, Lorong Iramanis Centre, 88450 Kota Kinabalu bermula 04/01/2019 (Jumaat) hingga 25/01/2019 (Jumaat) pada waktu pejabat.

3. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang telah berdaftar dan menghadiri Lawatan Tapak / Taklimat Tender sahaja. Untuk maksud ini, ·kontraktor atau wakil yang diberi kuasa hendaklah membawa slip kehadiran lawatan / taklimat tapak berserta sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK, SPKK, CIDB atau PUKONSA). Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kontraktor TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender untuk projek ini.

4. Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam sampul yang berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender pada sebelah atas kiri sampul dan dihantar terus dan dimasukkan ke peti tawaran Tender sebelum atau pada 28/01/2019 (Isnin), jam 12:00 tengahari di alamat:

Setiausaha, Lembaga Perolehan,
Persekutuan Sabah, Tingkat 2, Rumah, Persekutuan Jalan Mat Salleh,
88592 Kota Kinabalu, Sabah

5. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

KETUA KONSERVATOR HUTAN SABAH