Pilih Bahasa : Bahasa Malaysia :: Bahasa Inggeris
Pengurusan Mapan
Pengurusan Hutan Mampan  (SFM) di Sabah


Hutan-hutan Sabah diurus untuk pelbagai gunaan dan untuk memulihara ekonomik, sosial, alam sekitar dan nilai-nilai budaya. Proses rancangan pengurusan hutan, Jabatan Perhutanan Sabah memastikan sumber-sumber hutan akan kekal sehat di masa akan datang, dan keuntungan-keuntungan mampan, seperti kayu balak dan lain-lain produk hutan, peluang rekreasi dan pemuliharaan hidupan liar, adalah dijana untuk Negeri.

Pengurusan hutan mampan telah dilaksanakan dengan jayanya di Hutan Simpan Deramakot. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengumumkan komitmennya dalam tahun 1997 melalui strategi berikut:

 

Butir-butir lanjut tentang pengurusan hutan mampan yang diamalkan di Sabah diberi pada pautan berikut:
 

Pautan ke: Pengurusan Hutan Mampan di Sabah (65KB dalam Format PDF dalam versi Bahasa Inggeris)

Semua keperluan yang terkandung dalam maksud ini akan dilaksanakan untuk memastikan hutan berkeadaan baik untuk diserahkan kepada generasi masa hadapan

Hutan akan diurus secara bersepadu, dengan menyokong pelbagai nilai dan penggunaan termasuklah pengeluaran balak, habitat untuk hidupan liar, dan kawasan persekitaran semulajadinya;

Pelbagai manfaat ekonomi akan dijana daripada pelbagai produk dan perkhidmatan hutan; eko-lancong dan rekreasi akan disokong melalui rangka kerja prinsip-prinsip dan aplikasi sosial dan ekologi yang terkini;

Latihan lanjutan, skil dan pendidikan akan disediakan kepada pekerja dalam aktiviti hutan yang berkaitan, dan memenuhi peluang pekerjaan akan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Melalui perundingan, saling mempercayai, perkongsian maklumat, perhubungan yang jelas dan harmoni di kalangan pengguna hutan, kepercayaan dan perjanjian akan dibentuk dan keberkesanan dalam konservasi hutan, pengurusan dan pembangunan perindustrian akan dapat dipertingkatkan; dan

Program penyelidikan yang berterusan akan dilaksanakan untuk meningkatkan teknik pengurusan hutan mampan (SFM).

© 2007, Jabatan Perhutanan Sabah
Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik di mana-mana pelayar, resolusi paparan 800 x 600 atau keatas diperlukan.
Log Masuk | Maklum Balas | Kenyataan Privasi | Terma Penggunaan