Pembalakan dengan kaedah pembalakan kurang impak (RIL, Reduced Impact Logging)
telah memperlihatkan pengurangan tahap kerosakan kepada baki dirian sehingga 50% berbanding dengan pembalakan konvensional.
Faktor ekonomi dan ketersediaan traktor merupakan kelebihan RIL berbanding teknik lain. RIL adalah koleksi teknik-teknik penuaian
yang digunakan untuk meminimakan kerosakan PCT (potential crop trees, pokok tuaian berpotensi) dan regenerasi serta tanah bagi
mengekalkan kapasiti pengeluaran dan sumbangannya terhadap alam sekitar. RIL terbahagi kepada tiga peringkat operasi iaitu:
- Operasi-operasi pra penuaian
- Operasi-operasi penuaian
- Operasi-operasi selepas penuaian
RIL telah diterima-pakai oleh Jabatan Perhutanan untuk perlaksanaan di seluruh negeri sejak tahun 2000.
Keterangan lanjut mengenai perlaksanaan RIL diberi pada:
Pautan ke: Pelaksanaan RIL di Sabah (58KB dalam Format PDF) |