Dasar Perhutanan Sabah telah dirangka untuk memenuhi keperluan
kesemua pihak yang ada kaitan dengan perhutanan, dan selari dengan amalan-amalan pengurusan hutan
mampan yang diterima-pakai di peringkat antarabangsa.
Matlamat Dasar ini adalah untuk mencapai pengurusan hutan mampan.
Strategi-strategi yang dirumuskan dalam tahun 2005 untuk mencapai matlamat ini
adalah seperti berikut: |
a) |
Mengisytiharkan tanah yang mencukupi di kawasan
yang strategik di seluruh Sabah sebagai Hutan Simpan Kekal
selari dengan konsep penggunaan tanah rasional untuk memastikan:
(i) Keadaan iklim dan fizikal Sabah yang baik, penyelenggaraan kawasan tadahan air,
kualiti kesuburan tanah dan persekitaran, pemuliharaan biodiversiti dan alam
semulajadi dan kerosakan banjir dan hakisan tanah yang minima; kawasan hutan sedemikian
dikelaskan sebagai HUTAN PERLINDUNGAN.
(ii) Bekalan berterusan hasil-hasil hutan untuk kegunaan seharian manusia dan
sumber bahan mentah industri; kawasan hutan sedemikian dikelaskan sebagai HUTAN
KOMERSIL.
(iii) Pemuliharaan kawasan hutan yang mencukupi untuk rekreasi, pendidikan dan penyelidikan;
kawasan hutan sedemikian dikelaskan sebagai HUTAN LIPUR. |
| b) |
Mengurus Hutan Simpan Kekal untuk memaksimakan faedah ekonomi,
sosial dan persekitaran kepada negeri Sabah dan penduduknya berdasarkan kepada prinsip-prinsip
pengurusan hutan mampan. |
| c) |
Meneruskan program pembangunan hutan melalui
pemuliharaan hutan dan penanaman semula mengikut teknik silvikultur
yang diluluskan untuk mengoptimakan produktivtiti hutan simpan kekal. |
| d) |
Memastikan penggunaan sumber sumber hutan dengan berkesan
daripada tanah yang bukan hutan simpan kekal melalui perancangan teliti dan
dengan kerjasama agensi pembangunan tanah sebelum tanah berkenaan diberikan hak-milik
dalam usaha untuk memaksimakan pulangan kepada penduduk melalui kaedah penuaian dan
pemprosesan yang sesuai. |
| e) |
Menggalakkan penuaian dan penggunaan secara berkesan semua
jenis hutan dan menggalakkan pembangunan industri berasaskan kayu yang bersesuaian
untuk memaksimakan penggunaan sumber, menyediakan peluang–peluang pekerjaan dan menghasilkan
pendapatan tukaran asing. |
| f) |
Menggalakkan pembangunan perdagangan dan perniagaan hasil hasil hutan. |
| g) |
Menggalakkan penyertaan bumiputera secara berkesan di dalam industri
berasaskan kayu selari dengan polisi di peringkat Negeri dan Persekutuan. |
| h) |
Melaksanakan dan menyokong program penyelidikan intensif di dalam pembangunan
perhutanan untuk mencapai hasil optima dan pulangan daripada penuaian dan penggunaan hutan simpan kekal
dan juga memaksimakan pelaburan pendapatan daripada aktiviti-aktiviti pembangunan perhutanan. |
| i) |
Melaksanakan dan menyokong program latihan komprehensif dalam bidang perhutanan di
semua peringkat untuk menyediakan pekerja terlatih yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sektor perhutanan. |
| j) |
Menggalakkan penglibatan sektor swasta di semua peringkat latihan dan penyelidikan perhutanan
dengan tujuan untuk meningkatkan profesionalisme dalam bidang perhutanan dan industri perhutanan. |
| k) |
Menggalakkan kesedaran yang lebih baik di kalangan orang ramai berkaitan
dengan pelbagai nilai dan kegunaan hutan menerusi program pendidikan dan kesedaran awam. |
| l) |
Menggalakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk pengurusan sumber hutan negeri secara berkesan. |
| m) |
Menggalakkan perhubungan dan kerjasama erat di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan
pengurusan dan pembangunan perhutanan sumber sumber hutan negeri. |