Sekolah
Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan
Sabah (IPS) telah ditubuhkan pada tahun
1974 di Sepilok, berhampiran dengan Pusat
Penyelidikan Perhutanan Sabah. Dalam tahun
1989 dengan pengujudan Kursus Renjer Hutan,
Sekolah Latihan Perhutanan ini telah dinaik-taraf
dengan nama Institut Perhutanan Sabah.
Pada 21 Julai, 1997, Institut Perhutanan
Sabah atau IPS telah berpindah ke kampus
barunya yang terletak berhampiran dengan
Pejabat Perhutanan Daerah Telupid di Daerah
Telupid. Tujuan pengujudan Institut Perhutanan
Sabah ini adalah untuk melatih kakitangan
sokongan Jabatan Perhutanan Sabah bagi
melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan
dengan pengurusan hutan. Institut Perhutanan
ini telah melatih ramai kakitangan teknikal
Jabatan Perhutanan Sabah selama lebih
kurang 30 tahun. Sehingga kini lebih kurang
1,000 orang pelajar telah mengikuti dua
kursus utama iaitu Kursus Renjer Hutan
dan Kursus Pengawas Hutan di Institut
ini.
Butir-butir lanjut tentang
kursus yang ditawarkan oleh IPS diberi
pada pautan berikut:
1.Kursus
Yang Ditawarkan (421KB dalam
format PDF)
2.Kemudahan penginapan di Institut Perhutanan
Sabah (3.4MB dalam
format PDF)
|