Selain daripada perlindungan hutan daripada pencerobohan,
aktiviti perlindungan hutan juga merangkumi perlindungan hutan,
daripada fenomena bencana alam semulajadi terutamanya kebakaran
hutan. Kebakaran berlaku disebabkan oleh keadaan cuaca yang
tidak menentu menyebabkan kesan yang negatif terhadap sumber
hutan. Kebakaran hutan menyebabkan kerosakan yang lebih serius
kepada hutan berbanding dengan kerosakan daripada aktiviti
pembalakan. Kajian-kajian mendapati kawasan yang pernah
dibalak adalah lebih mudah terbakar. Disebabkan 80%
daripada kawasan hutan simpan di Sabah pernah dibalak maka
kawasan hutan di Sabah mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami kebakaran.
Jabatan Perhutanan Sabah telah melaksanakan satu program pengurusan kebakaran hutan.
Program ini merangkumi:
- Pencegahan Kebakaran
- Sistem Pengesanan Kebakaran
- Persediaan Kebakaran
- Pengawalan dan pengurangan kebakaran
|