Pilih Bahasa : Bahasa Malaysia :: Bahasa Inggeris
Daftar sebagai ahli 2008-08-30
Perihal Kami

Objektif


 

Objektif

Memastikan pengurusan dan pembangunan hutan simpan Sabah berdasarkan kepada prinsip-prinsip Pengurusan Hutan Mapan;

Mengoptimakan penggunaan sumber hutan untuk mengekalkan faedah sosio-ekonomi kepada Negeri Sabah;

Memastikan pembangunan industri perhutanan diselaraskan dengan keupayaan pengeluaran sumber hutan jangka panjang;

Memastikan tenaga kerja terlatih dan kepakaran adalah mencukupi untuk melaksanakan Pengurusan Hutan Mapan dengan efisien dan profesional;

Meningkatkan usaha & program dalam penyelidikan dan pendidikan ke arah Pembangunan Perlaksanaan Pengurusan Hutan Mapan;

Memulihara kawasan hutan asli yang mencukupi untuk perlindungan dan penjagaan alam sekitar, sumber air, tanah dan biodiversiti.

Menggalakan dan memajukan pemuliharaan hutan asli dan penubuhan perladangan hutan.

Meningkatkan strategi-strategi penguatkuasaan untuk melindungi sumber-sumber hutan.

Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan hutan dan Pengurusan Hutan Mapan.

Memastikan sumber kewangan, teknologi & logistik tersedia bagi menyokong perlaksanaan Pengurusan Sumber Hutan.

 

 


© 2007, Jabatan Perhutanan Sabah
Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik di mana-mana pelayar, resolusi paparan 800 x 600 atau keatas diperlukan.
Log Masuk | Maklum Balas | Kenyataan Privasi | Terma Penggunaan