
Selamat datang ke Portal Web Jabatan Perhutanan Sabah! Portal web ini berperanan sebagai pusat maklumat untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih banyak tentang Jabatan ini. Kami akan cuba menyampaikan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada para pelawat ke portal ini. Sekiranya anda adalah seorang pengurus hutan, penggubal dasar, pencinta alam, ahli ekologi, ahli perangkaan, dan lain-lain, kami ada menyediakan maklumat untuk anda. Kami akan meningkatkan dan memperbaiki portal web ini dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan mereka yang mencari maklumat. Jika anda melayari portal web ini, anda akan mendapati Jabatan Perhutanan Sabah mempunyai beberapa teras strategik. Antaranya ialah mengurus semua hutan simpan di Negeri Sabah mengikut prinsip-prinsip Pengurusan Hutan Mampan (Sustainable Forest Management, SFM). Sistem pengurusan ini adalah berdasarkan model SFM, di Hutan Simpan Deramakot
Oleh itu, dengan menggunakan Deramakot sebagai satu piawaian, kami akan menyebarkan model ini ke semua 27 Unit Pengurusan Hutan, iaitu semua hutan simpan di Sabah. Sejak pelancaran rasmi dasar SFM pada tahun 1997, kami telah mencapai beberapa kejayaan, yang termasuk: wujudnya pelan pengurusan yang bersesuaian untuk hutan simpan komersil (Kelas II) dan pelaksanaan pembalakan kurang impak (reduced impact logging, RIL). Kami masih perlu buat banyak lagi, tetapi sekurang-kurangnya perjalanan ke arah mencapai pengurusan hutan yang baik telah bermula. Kami juga telah memperbaiki beberapa unsur dalam jentera pentadbiran Jabatan ini untuk mencapai matlamat kami. Antaranya ialah dalam bidang perundangan, perlindungan sumber hutan (misalnya, dari kebakaran), penyelidikan dan pembangunan perhutanan, latihan dan pendidikan alam sekitar.
Dalam versi portal yang telah dikemaskini ini, kami telah menambahkan beberapa unsur ‘online’ secara interaktif, seperti pembayaran online, kuiz online, emel dan SMS ‘alert’ serta lain-lain lagi. Ini akan mempertingkatkan lagi keberkesanan portal ini untuk manfaat anda. Kami akan terus mengemaskini dan menambah-baik portal ini dari semasa ke semasa. Dengan itu, daftarlah untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai portal ini.
Sila hubungi pentadbir laman web kami sekiranya anda ada soalan, ulasan atau cadangan untuk memperbaiki laman web kami.
Terima kasih dan selamat melayari laman web ini!
DATUK SAM MANNAN, Pengarah Perhutanan, November, 2007